LAWATAN PENANDA ARASAN JAWATANKUASA EKSA PSB KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN KEDAH (IAB)

PSB ONLINE: Pada 12 Disember 2024, seramai 15 orang pustakawan dari PSB, termasuk 3 orang pelajar latihan industri dari UiTM serta beberapa orang ahli jawatankuasa EKSA telah mengadakan satu lawatan Penanda Arasan EKSA ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Kedah (IAB) yang diketuai oleh Puan Hasma Haji Harun. Taklimat mengenai EKSA ini diberikan oleh Encik Khairul Badri bin Ahmad iaitu Timbalan Pengarah IAB.

IAB merupakan Pusat Latihan untuk Pengetua dan Guru Besar. Misi IAB adalah membangunkan keupayaan kepimpinan dalam kalangan professional pendidikan bagi menghasilkan organisasi yang berprestasi tinggi dan berkualiti. Selain itu, fungsi IAB adalah menyediakan latihan, penyelidikan, penerbitan, penyelidikan, pasukan pemikir dan perkhidmatan pembangunan organisasi.

Sesi taklimat disampaikan oleh Encik Khairul Badri, menyatakan EKSA merupakan satu inisiatif baru untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU. Visi EKSA adalah untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif di persekitaran tempat kerja bagi mencapai produktivi kerja yang efisyen dan berkualiti.

Objektif EKSA adalah:

  1. Meningkatkan imej agensi sektor awam
  2. Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
  3. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi.
  4. Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
  5. Menjana idea kreatif di kalangan warga agensi

Zon-zon EKSA yang diwujudkan di IAB diberikan kod warna tertentu Hijau untuk Transaksional, Biru untuk Intruksional, Pink untuk Partisipatif, Kuning untuk Demokratik dan Merah untuk Transformasional. Encik Khairul Badri juga berkongsi berkaitan pelaksanaan amalan EKSA iaitu bermula dari Persediaan, Pelancaran, Pelaksanaan, Audit, Pengiktirafan dan Lestari. Proses ni dapat melicinkan dan menjayakan pelaksanaan EKSA di sesebuah organisasi.

Setelah tamat taklimat dan sesi taklimat dan soal jawab, seterusnya pelawat dibawa ke lawatan fizikal di semua zon EKSA di IAB. Kemudahan surau, cafe, Bilik Latihan dijaga dengan bersih, kemas dan rapi. Terdapat tunjuk arah yang jelas dan mudah difahami dan tiada item yang menghalang di laluan-laluan di dalam dan di luar pejabat. IAB. Terdapat satu taman hijau diwujudkan dan diselenggarakan dengan baik dan bersih. Diharapkan PSB dapat mengamalkan EKSA di PSB dengan jayanya dan boleh menambahbaik suasana kondusif dan menambahkan imej korporat PSB dari semasa ke semasa.

-TAMAT-

Disediakan oleh:

Siti Hazniza Binti Abdul Khadir
Pelajar Latihan Industri
Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani Kedah.