Muzium Online – Muzium Pengurusan UUM telah menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya pada 25 Januari 2022 yang lalu.
Bagi memenuhi objektif lawatan tersebut, delegasi telah dibawa melawat keseluruhan pameran di muzium. Lawatan tersebut berlangsung selama setengah jam dan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sejarah Sintok dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang menyentuh tentang hal-hal Pengurusan UUM, Pengurusan Islam dan sebagainya. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fairus Abd Majid, Pengurus Muzium Pengurusan UUM.
Delegasi dari JPA ini adalah terdiri dari Pegawai Tadbir Diplomatik yang menghadiri Bengkel Pemantapan Diri di UUM dan seterusnya mengambil peluang untuk melawat muzium UUM yang dipenuhi dengan koleksi bersejarah ini. Delegasi ini adalah seramai 30 orang dan telah diiringi oleh Encik Muhammad Fauzi Mokhtar, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara.
Muzium Pengurusan UUM amat berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi ini kerana sudi menjadikan Muzium Pengurusan UUM sebagai destinasi pilihan.
Disediakan oleh: Muzium Pengurusan UUM
Gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM