NARATIF MANTAN KETUA PUSTAKAWAN PUAN JAMILAH MOHAMED

PSB Online-Pada Selasa 06 Februari 2024, warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan UUM amat bertuah kerana telah dikunjungi mantan Ketua Pustakawan dalam majlis khas Naratif Mantan Ketua Pustakawan bersempena ulangtahun pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) ke 40.
Puan Jamilah Mohamed berkelulusan Bacherlor of Science, Universiti Madras, India (1972) dan Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Sains Perpustakaan , University of Wales, United Kingdom pada tahun 1976. Bidang kepakaran beliau temasuklah pengkatalogan dan metadata, rekabentuk kemudahan bangunan perpustakaan, pengurusan perpustakaan, pengurusan kualiti serta pengurusan acara (F&B).

 Sepanjang perkhidmatan beliau di UUM selama 30 tahun, iaitu sejak 19 Ogos 1984 beliau telah bertugas sebagai Ketua Penolong Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan pada 1 Jun 1994 hingga 18 Jun 1996, dan seterusnya sebagai Pemangku Ketua Kustakawan pada tahun 1996. Tanggal 19 Jun 1996, puan Jamilah telah dilantik memegang jawatan Ketua Pustakawan sehingga akhirnya beliau bersara pada tahun 2004.
Beliau sangat teruja dengan jemputan PSB ke majlis Naratif Mantan Ketua Pustakawan sempena sambutan Pengasasan UUM 40 tahun dan dalam sesi berkenaan, beliau berpesan kepada semua yang hadir, bahawa tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan dengan bersungguh-sunguh tanpa mengharapkan balasan. Kerja dengan ikhlas dan komitmen yang tinggi akan menhasilkan output yang berkualiti dan balasan setimpal akan diperolehi kemudian. Antara nasihat beliau, kita tidak perlu mengubah struktur organisasi yang sedia ada sekiranya set-up sedia ada sudah mantap dan bagi mengelakkan masa terbuang kerana penstrukturan semula setiap kali pertukaran akan melambatkan organisasi atau jabatan untuk take-off bagi memperolehi pencapaian seterusnya. Namun, perubahan perlu jug dirancang dan dilaksanakan dengan kadar segera sekiranya keadaan asal lemah dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya

Beliau sangat berbangga dengan semua staf PSB sejak zaman kepimpinan beliau sehingga sekarang menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam semua tugasan diberi sehingga mencapai berbagai kemenangan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat UUM dan peringkat kebangsaan. PSB telah menunjukkan berbagai pencapaian berprestij, antaranya perpustakaan pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sistem kualiti ISO 9000, tempat pertama dalam pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, perarakan Maulidurrasul, kekal berfungsi sebagai AJK Jamuan Konvokesyen UUM bagi setiap majlis konvokesyen UUM dan sebagainya.

Harapan beliau dengan kepimpinan sekarang ,Ketua Pustakawan ; Professor Dr. Che Azlan Taib, PSB akan terus cemerlang dan dapat meningkatkan kualiti tugas dan perkhidmatan PSB kepada pengguna perpustakaan bersesuaian dengan kehendak pelanggan pada masa kini. Beliau sangat berterima kasih kepada PSB yang menjemputnya untuk sesi Naratif Mantan Ketua Pustakawan dengan majlis yang sangat meriah dan mengalu-alukan kehadiran beliau.

-Tamat-

Hasma Harun

Gambar: Syed Muhammad Amirul Ashraf Bin Syed Ismail.