PRE-AUDIT BANTU TAMBAHBAIK PROSES KERJA PSB

PSB Online: Bermula 9 hingga 13 Ogos 2020 yang lalu telah berlangsungnya Pre-Audit Kualiti Dalaman Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) oleh Jawatankuasa Pemandu Kualiti (JKPK).

Pre-Audit ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan semua warga PSB dalam menghadapi audit sebenar yang dijadualkan bakal berlangsung tidak lama lagi. Antara fokus utama audit ini adalah mengenai pendokumentasian dalam pengukuran objektif beserta fungsi kerja setiap unit yang diaudit. Oleh itu semua staf diminta untuk bersiap-sedia menerima kunjungan juruaudit ke unit masing-masing.

Kesemua 7 bahagian telah berjaya diaudit mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama juruaudit dan Ketua Bahagian terlibat. Menurut En. Razak Siamin selaku Ketua Juruaudit, proses audit adalah lancar dengan komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua staf yang terlibat dan objektif audit juga turut berjaya dicapai. Bercakap mengenai penstrukturan semula yang telah dilaksanakan, menurut En. Razak, perubahan-perubahan penting telah atau sedang diambil tindakan oleh semua Ketua Bahagian terlibat. Tambah beliau lagi, walaupun terdapat teguran di beberapa unit dan bahagian, namun secara keseluruhannya tahap prestasi kesemua unit adalah memuaskan.

Semoga PSB bersedia dan mantap dalam menghadapi audit kualiti sebenar dan dengan berakhirnya pre-audit kualiti dalaman ini ianya mampu memperkukuhkan lagi perkhidmatan PSB.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Jawatankuasa Pemandu Kualiti PSB