PSB TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN 5S DARI UUMIT

PSB Online – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) amat berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan UUMIT pada 20 Julai 2022 bermula jam 10.00 pagi.

Kunjungan ini merupakan lawatan penandaarasan 5S bertujuan untuk melihat pembudayaan amalan 5S di PSB selain dapat bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai inovasi 5S di Jabatan masing-masing.

Seramai 14 orang staf Jabatan UUMIT telah hadir ke PSB dan mereka telah disambut baik oleh Jawatankuasa 5S PSB yang diketuai oleh Pn. Rahimah Ishak. Mereka disambut di foyer PSB dan sebelum dibawa ke Auditorium 1 untuk sesi taklimat ringkas, satu sesi fotografi beramai-ramai telah diadakan.

Seusai sesi taklimat, kesemua mereka dibawa untuk menikmati sedikit jamuan ringan  sebelum dibawa melawat ke Zon-Zon 5S di PSB. Sebelum berakhir, satu sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan tandatangan buku pelawat turut diadakan di hadapan sudut Professor Corner PSB.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam lawatan ini dan semoga kedua-dua Jabatan dapat berkongsi manfaat dari amalan pembudayaan 5S ini yang sentiasa akan diamalkan sepanjang masa. Sesi lawatan penandaarasan ini tamat sekitar jam 12.00 tengahari.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Abdul Hadi Mat Taib