SUHAKAM BERI PENDEDAHAN ASAS MENGENAI PERANAN DAN FUNGSINYA DI MALAYSIA

PSB online Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) adalah sebuah institusi hak asasi manusia negara bagi Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) dan mula beroperasi pada April 2000. Oleh yang demikian, Unit Latihan dan Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu Bengkel SUHAKAM & Hak Asasi Manusia pada 8 Mac 2023 yang lalu bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB.

Seiring dengan pengwujudan Sudut Hak Asasi Manusia di Perpustakaan Sultanah Bahiyah oleh SUHAKAM, bengkel ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada staf Perpustakaan khususnya tentang fungsi dan peranan SUHAKAM sebagai badan yang memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia. Antara fungsi dan peranan untuma SUHAKAM adalah suruhanjaya ini berperanan untuk mempergiat pendidikan hak asasi manusia, menasihati dasar dan perundangan, dan melakukan penyiasatan terhadap kes tertentu berdasarkan aduan yang diterima.

Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Nyak Baqi Kamaruddin, Penolong Setiausaha, Bahagian Media & Promosi. Turut serta bersama adalah En. Syamsul Azhar Zamani, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Penerbitan & Pengurusan Maklumat dan En. Afiq Mohd Noor, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Undang-Undang & Triti Antarabangsa.

Sepanjang bengkel, banyak pertanyaan berhubung isu semasa dan berdasarkan pengalaman turut dikongsi dan telah dijawab dengan baik oleh wakil SUHAKAM. Ramai di antara staf PSB mengajukan soalan berdasarkan pengetahuan am dan juga pengalaman mereka sendiri. Pemahaman tentang pentingnya pengetahuan mengenai hak masing-masing agar terselamat dari tindakan ditindas oleh pihak tidak berwajar adalah antara ilmu penting yang dapat difahami oleh semua peserta bengkel. Menambahkan lagi keseronokan bengkel, peserta yang bertanya dan menjawab soalan akan diberi token cenderahati seperti baju t-shirt, beg, diari dan calendar keluaran khas oleh SUHAKAM.

Sesi bergambar dan penyampaian cenderahati mengakhiri bengkel ini sekitar jam 12.30 tengahari.

 

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias