TAKLIMAT SUSUNAN BAHAN DI RAK

SintokSetiap buku di perpustakaan mempunyai nombor panggilan yang unik. Nombor panggilan adalah seperti alamat rumah yang  memberitahu  di mana sesebuah buku ditempatkan di dalam koleksi  perpustakaan.

Pada  31 julai 2019, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu taklimat perubahan  polisi susunan buku mengikut kaedah baharu. Taklimat ini  bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama  PSB dan telah disampaikan oleh Puan Norma Binti Said iaitu Ketua Bahagian Teknik dan Pemerosesan Bahan dengan dibantu oleh Encik Ku Rosyidi Bin Ku Md Radzi, Pustakawan dari bahagian yang sama.

Taklimat  ini diadakan adalah bertujuan untuk  membuat hebahan  kepada semua staf PSB  dan justifikasi perubahan kaedah susunan lama yang mengutamakan  sistem layer kepada nombor kelas seperti yang disyorkan  oleh  Garis Panduan  Pengkelasan  Library of Congress (LCC).

Menurut Puan Norma, semua buku klasifikasi  LCC dikelaskan mengikut subjek supaya pengguna  boleh mencari buku yang berkaitan  di rak yang sama, atau berdekatan manakala susunan mengikut layer agak mengelirukan  untuk pengguna membuat carian dan mendapatkan buku terutama kepada pelajar baharu. Oleh yang demikian, perubahan polisi penyusunan bahan ini adalah perlu diadakan bagi mengurangkan kekeliruan di samping keperluan mengikut garis panduan yang betul yang digunakan oleh perpustakaan akademik di seluruh dunia.

Seramai  68 orang peserta yang terdiri daripada Pustakawan dan Pembantu Pustakawan  telah hadir mendengar taklimat ini. Untuk tujuan menguji kefahaman semua peserta tentang perubahan kaedah susunan dari layer kepada  nombor kelas,  4 set  ujian susunan buku telah dilakukan secara spontan menggunakan layar Auditorium.

Di akhir taklimat, Puan Asmaniza Mansor dari Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca  memaklumkan bahawa projek susunan semula semua bahan koleksi umum mengikut polisi yang baharu akan melibatkan semua Pustakawan dan Pembantu Pustakawan PSB dan ianya akan dilaksanakan  bermula dari  5 hingga 8 Ogos 2018 ini. Beliau juga turut memohon supaya semua staf yang terlibat  dapat memberi kerjasama yang baik supaya semua bahan dapat disusun semula sebelum semester baharu bermula.

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar : Noraini Alias