“TIPS AND TRICKS FOR PCS AND GADJETS WORKSHOP” BERI PENDEDAHAN ASAS KEPADA SEMUA STAF PSB​

PSB Online – Menyertai sesi latihan dan perkongsian ilmu secara atas talian seperti menerusi aplikasi Cisco Webex adalah amat bermanfaat untuk semua staf Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) ketika semua sedang bekerja dari rumah.​

Bengkel “Tips and Tricks For PCs and Gadjets” telah diadakan pada 10 Jun 2021. Bengkel ini adalah anjuran Unit Latihan dan Kualiti, Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan telah bermula pada jam 9.45 pagi sehingga 12.45 tengahari. Ianya telah dikendalikan oleh fasilitator bengkel iaitu En. Zaihasrim Mohd Dawal iaitu Pembantu Pustakawan, dari Unit User Experience, Bahagian Sistem Maklumat, PSB.​

Menurut saudara Zaihasrim, antara objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas mengenai komponen komputer dan telefon pintar selain berkongsi perkara-perkara utama yang perlu dipertimbangkan jika ingin memberi komputer atau telefon pintar. Memenuhi objektif ini, semua peserta telah ditunjukkan dengan beberapa komponen utama di dalam komputer seperti Motherboard, CPU, Drive, Power Supply dan Case. Menurut beliau 5 komponen ini adalah yang utama dan masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam mengoperasikan sesebuah komputer.

Selain komputer, beliau juga turut berkongsi antara komponen utama dalam telefon pintar seperti Build Quality –Metal/Plastic, Battery-size/Speed Charger, Processor, Camera, Display, RAM dan lain-lain. Tambah beliau “amat penting untuk kita mengetahui fungsi utama semua komponen ini bagi membantu dalam memahami dan menyelenggara komputer dan telefon pintar kita”. Selain itu juga beliau turut berkongsi beberapa laman web yang boleh dirujuk untuk membantu kita dalam membuat pilihan nanti. Antara laman web tersebut adalah seperti berikut https://pcpartpicker.com, https://www.userbenchmark.com, dan juga https://versus.com.en.m beralih ke sesi Q&A, fasilitator turut berkongsi tips penting dalam penjagaan komputer seperti menggunakan perisian percuma untuk membersihkan data yang tidak berguna. Perisian seperti CCleaner boleh digunakan. Cloud storage untuk menyimpan data pendua juga boleh digunakan bagi menjimatkan ruang komputer selain selamat. Manakala tips untuk telefon pintar pula, disarankan agar sentiasa membuat salinan pendua maklumat seperti kontak kenalan, gambar dan video ke akaun Google. Kita juga disarankan untuk sentiasa memeriksa kemaskini perisian sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tambah beliau lagi, ketika mengecas telefon, tukarlah kepada mode ‘Kapal Terbang’ jika ingin pengalaman mengecas yang cepat dan laju.

Sesi Q&A diadakan di penghujung bengkel dengan pelbagai soalan telah diajukan di ruangan ‘Chat Room’ oleh semua peserta dan semua persoalan telah dijawab baik oleh fasilitator. Bengkel ini walaupun diadakan secara santai namun banyak  ilmu dan tips berguna yang telah dikongsikan untuk manfaat bersama.​

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias​