Perkhidmatan Maklumat Penyelidikan

Perkhidmatan Maklumat Penyelidikan

Bagaimana Cara Memohon?

Garis panduan permohonan.

  1. Perkhidmatan Maklumat Penyelidikan (PMP) permohonan terbuka kepada pengguna dan pengunjung Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Perkhidmatan ini diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, PSB.

  2. Setiap permohonan akan dikenakan bayaran RM30.00 dan akan disediakan 10 artikel teks penuh. Artikel tambahan akan dikenakan bayaran RM5.00 setiap bahan.

  3. Setiap permohonan akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja.

  4. Perpustakaan akan menghantar artikel melalui emel dalam bentuk perkongsian pautan. Sila klik pautan yang disediakan dalam emel pemohon untuk memuat turun artikel.

  5. Liputan carian untuk artikel adalah terhad kepada koleksi digital dalaman dan pangkalan data dalam talian yang dilanggan perpustakaan.

  6. Permohonan akan mula diproses selepas perpustakaan menerima borang permohonan yang lengkap berserta bayaran penuh seperti yang dinyatakan pada Section B dalam borang permohonan.

  7. Butiran penyelidikan/tugasan dinyatakan dalam Section C adalah muktamad dan tidak berubah. Sebarang pindaan tidak akan dilayan setelah borang permohonan telah diproses.

  8. Perpustakaan Sultanah Bahiyah berhak membatalkan permohonan sekiranya tidak lengkap dan tiada sebarang transaksi pembayaran dibuat.

  • Tunai Pembayaran – Di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter Maklumat) di Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
  • Pembayaran Dalam Talian – Lawati https://epay.uum.edu.my/  atau imbas Kod QR di bawah:

Langkah 1:

Muat turun borang permohonan.

Langkah 2:

Hantar permohonan anda.

√  Sila isikan butiran pemohon.
√  Sila muat naik borang permohonan yang lengkap dan resit transaksi pembayaran.


Jumlah penghantaran: 6

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

Semua maklumat disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi:
04-928 3627 | Kaunter Maklumat, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
04-928 3638 | Unit Perundingan Maklumat