PSB Online [Berita Muzium] 14.Dis. 2020 – Dua orang pensyarah UUM iaitu Prof .Madya Sr.Dr . Mohd Nazaruddin b. Yusuff@ Abdul Rahman dan Prof Madya Ts.Dr .Azlizan bin Talib, bermurah hati menyerahkan dua buah basikal tua antik kepada muzium pengurusan UUM.
Mereka yang juga bersahabat baik turut berkongsi minat yang sama sebagai pengumpul barangan lama. Dr Nazaruddin menyerahkan Basikal Tua yang berjenama Raleigh manakala Dr.Azlizan pula menyerahkan basikal tua berjenama Robin hood iaitu satu jenama yang sukar diperolehi pada masa kini. Kedua-dua basikal ini adalah keluaran sekitar era 60an yang digunakan oleh masyarakat pada zaman tersebut sebagai pengangkutan utama dan untuk mengangkut hasil pertanian terutama padi dan buah buahan juga hasil getah.
Pengarah Muzium, Dr Haji Mohd Kasri Saidon berasa sangat berbesar hati dengan serahan basikal tersebut yang beliau anggap adalah satu sokongan material dan semangat kepada pihak Muzium Pengurusan untuk terus berusaha menjayakan dan memajukan Muzium Pengurusan UUM.
Pihak Muzium Pengurusan UUM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Nazaruddin dan Dr Azlizan atas sokongan yang diberi dan amat mengalu-alukan warga UUM untuk turut berbesar hati menyumbangkan bahan-bahan bersejarah milik mereka kepada pihak Muzium sebagai koleksi.
Disediakan dan gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM