PSB Online – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima lawatan audit SIRIM QAS “Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015” secara atas talian pada 29 November 2021.
Lawatan ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Auditor yang terlibat adalah Pn. Kho Yeck Lan dan wakil dari Pejabat Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) adalah Pn. Hasliza Shafie dari IPQ. Antara auditee yang terlibat secara langsung adalah Pn. Norihan Anah, Ketua Unit Pembangunan Sumber Ilmu, Pn. Asmaniza Mansor, Ketua Unit Perkhidmatan Pengguna, Cik Nur Darima Khairil Anwar, Ketua Unit Metadata, Pengindeksan dan Abstrak dan Pn. Azni Idayu Shuib, Ketua Unit Penyenggaraan Bangunan.
Menerusi platform Cisco Webex, auditor telah mengaudit mengenai proses kerja di PSB yang merangkumi beberapa perkara seperti perolehan bahan perpustakaan, pengkatalogan dan pengindeksan, penyenggaraan bangunan dan fasiliti, serta sirkulasi dan perkhidmatan pengguna. Sepanjang audit berlangsung, pelbagai pertanyaan telah diajukan oleh auditor, namun soalan-soalan tersebut dapat dijawab dengan teliti dan memuaskan oleh semua auditee.
Turut hadir bersama adalah Ketua-Ketua Bahagian PSB.
Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Ku Rosyidi Ku Md Razi