SIRI SYARAHAN 2 SANTUN PROFESOR : PROF DR. ABDUL HALIM ABDUL MAJID

PSB Online – Siri Syarahan 2 Santun Profesor kali ini menampilkan Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid, Pensyarah Universiti dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan serta merangkap Pengerusi JK Kebajikan dan Modal Insan sebagai penceramah. Beliau telah menyampaikan syarahan yang bertajuk “Menyemarak Kasih Antara Kampus dan Komuniti”.

Seperti biasa program kali ini telah diadakan secara bersemuka di Auditorium 1, Bangunan Utama, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 21 Mac 2023. Selain itu, ianya juga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi Facebook perpustakaan. Antara perkongsian syarahan oleh Prof. Abdul Halim adalah tayangan video aktiviti kemasyarakatan yang telah beliau sampaikan kepada komuniti-komuniti asnaf dan lain-lain yang memerlukan.

Siri Syarahan 2: Santun Profesor kali ini, turut menjemput wakil-wakil NGO dari Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kedah (PRIHATIN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu Kedah (PEWARIS).

Di kesempatan ini juga, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid turut menyantuni 20 orang penerima zakat di Changlun yang rata-rata terdiri daripada saudara baharu Islam dengan menyampaikan bantuan zakat sempena persiapan menyambut Ramadan 1444H. Menyantuni komuniti setempat adalah amalan mulia dan dengan keprihatinan tersebut mampu meningkatkan kualiti ummah untuk terus berjaya dan cemerlang.

Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah berakhir pada jam 11.30 pagi seusai sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail