PSB ONLINE: Pada 3 Oktober 2024 siri bedah buku telah diadakan. Tajuk buku yang dipilih ialah Karamah Para Sahabat Nabi SAW, dikongsikan oleh Encik Norhardi Saad, Pustakawan (S48) dan Ketua Bahagian Arkib & Muzium Pengurusan. Buku ini ditulis oleh Ustaz Rachmat Ramadana Al-Banjari, diterbitkan oleh Al-Hidayah House of Publishers Sdn.Bhd. pada tahun 2014.
Ringkasan Buku “Buku Karamah Para Sahabat Nabi SAW” mengisahkan keistimewaan dan keajaiban yang dialami oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Karamah di sini merujuk kepada fenomena luar biasa yang terjadi pada mereka sebagai tanda hubungan mereka yang sangat dekat dengan Allah SWT dan pengakuan atas iman dan amalan ibadat dan amal kebajikan mereka. Para sahabat Nabi SAW ialah orang yang sempat bertemu, beriman dengan Allah SWT dan meninggal dunia dalam Islam.
Antara Kandungan Penting dalam Buku Ini menyajikan berbagai kisah inspirasi mengenai para sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina Umar bin Khattab R.A.., Uthman bin Affan R.A. dan Ali bin Abi Talib R.A. serta sahabat-sahabat lainnya yang menunjukkan keimanan dan keberanian luar biasa dalam kalangan mereka.
Pengarang menyentuh tentang karamah yang dirasakan: Banyak sahabat yang mengalami karamah, seperti kemampuan melihat hal-hal ghaib, penyembuhan penyakit, dan kemudahan dalam menghadapi berbagai ujian.
Selain itu, pengarang mencertakan aspek pengajaran moral:yang mengandung pelajaran moral tentang kepemimpinan, keberanian, kesetiaan, dan cinta para sahabat kepada Allah SWT dan RasulNya.
Beliau juga menjelaskan bahawa karamah dianggap sebagai tanda cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sebagai penguat iman bagi umat Islam.
Untuk pembacaan lanjut, buku ini boleh didapati di Perpustakaan Sultanah Bahiyah dengan nombor panggilan buku BP75.5 B217 K 2014
-Tamat