Muzium Online – Pada 7 Jun 2022 yang lalu, Muzium Pengurusan UUM telah menerima kunjungan hormat dua wakil dari Pusat Pengajian, Pengukuran dan Penilaian (CETMA) iaitu Timbalan Pengarah Dr. Saadi Ahmad Kamaruddin bersama seorang pelajar praktikal dari CETMA.
Kunjungan yang bersifat perbincangan awal ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama antara CETMA dan Muzium Pengurusan UUM bagi meninjau peluang melestarikan Muzium Pengurusan UUM. Dalam lawatan tersebut delegasi ini telah disambut oleh Ketua Unit Perkhidmatan Pelawat, Encik Hisomuddin Abdullah. Dr. Saadi membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk membina hubungan bersama antara dua jabatan ini bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan di masa akan datang.
Semoga kerjasama yang bakal dijalinkan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara Muzium Pengurusan UUM dan CETMA. Muzium Pengurusan UUM mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Dr. Saadi mengunjungi muzium.
Disediakan oleh: Muzium Pengurusan UUM
Gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM