PSB MENDAPAT PASUKAN BAHARU UNTUK MENGGIATKAN AMALAN EKSA DI PSB DAN ZON SINTOK

PSB ONLINE: 12 Mac 2025 – Alhamdulillah, 2025 akan mencipta momen dan aktiviti yang lebih giat dalam mengamalkan EKSA di PSB dan Zon Sintok dengan pelantikan kumpulan AJK baharu EKSA. Dengan lantikan ahli-ahli baharu bermakna pasukan yang sebelum ini yang diketuai oleh Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil, Ketua Penolong Pustakawan, diganti oleh Pustakawan Kanan, Puan Asmaniza Mansor.

Puan Asmaniza diberi tanggungjawab mengetuai 13 orang ahli AJK baharu dan telah membentuk empat biro bagi memudahkan penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti berkaitan EKSA di PSB. Pelantikan ketua-ketua zon juga akan dibuat dalam masa yang terdekat bagi memudahkan penyelarasan di setiap zon yang mewakili setiap paras dalam PSB dan juga di Muzium Pengurusan.

Mesyuarat Jawatankuasa EKSA PSB Bil/1 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Bangunan Utama PSB. Mesyuarat ini menyaksikan pelantikan seramai 13 orang staf sebagai ahli jawatankuasa EKSA PSB baharu untuk sesi 2025/2026.

Dalam Mesyuarat AJK EKSA PSB yang pertama pada 12 Mac 2025, Puan Asmaniza dan AJK telah merancang aktiviti amalan EKSA di PSB sepanjang tahun 2025. Antara yang diutamakan ialah:

Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan Agihan Tugas

Pelantikan 13 orang ahli jawatankuasa baharu dan pengagihan tugas kepada setiap ahli untuk memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti EKSA. Antara biro yang telah diwujudkan ialah:

      • Biro Audit
      • Biro Dokumentasi
      • Biro Publisiti
      • Biro Latihan

 Pelantikan Penyelaras EKSA PSB

Pelantikan penyelaras EKSA PSB bagi setiap zon yang terdapat di PSB. Mereka bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan semua aktiviti EKSA berjalan dengan lancar di zon masing-masing.

Perancangan Aktiviti bagi Sesi 2025/2026

Perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi 2025/2026 untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti persekitaran kerja di PSB. Antara perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah seperti berikut:

      • Deko Raya EKSA sempena Aidilfitri
      • Taklimat kepada AJK EKSA PSB dan penyelaras Zon di PSB
      • Gotong-Royong Perdana
      • Lawatan penanda aras
      • Pertandingan inovasi bilik dan ruang kerja terbaik kategori pegawai dan staf

Hal Lain-lain

Perbincangan mengenai isu-isu lain yang berkaitan dengan pelaksanaan EKSA dan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.

Diyakini, dibawah pimpinan Puan Asmaniza Mansor, usaha ke arah mengamalkan EKSA di PSB dan di Zon Sintok. Diharapkan tahap amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan dapat dipergiat lagi bagi mempertingkat tahap amalan EKSA dan perhebatkan ciri-ciri korporat yang digalakkan dalam amalan EKSA.

 

 

Disediakan oleh: Siti Ainsyah binti Kamis
Gambar oleh: Uzma Aqilah binti Md Zain