LAWATAN JALINAN MAHABAH STAF PELAKSANA USIM KE PSB

Pada 25 februari 2018 telah berlangsung satu lawatan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertempat di Auditorium 1, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM). Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan dihadiri seramai 36 orang staf yang diketuai oleh Encik Rozaimi Kamarudin, Pembantu Pustakawan.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ku Azmi Ku Ibrahim, Pembantu Perpustakaan Kanan. Antara intipati tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan sesi dialog iaitu perbincangan dua hala mengenai Occupational Safety and Health Administration (OSHA) serta membincangkan tentang tugas-tugas harian seseorang staf. Beliau turut menerangkan tentang impak OSHA kepada organisasi dalam mengurangkan kadar ponteng, memperbaiki imej korporat yang lebih baik di antara satu organisasi kepada organisasi yang lain selain dapat memperbaiki perhubungan industri. Selain itu, beliau turut menekankan perkara-perkara seperti operasi dan peranan perpustakaan dalam membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kualiti kerja.

Selepas selesai mendengar taklimat yang diberikan, pelawat dari USIM juga telah dibawa untuk menandatangani buku pelawat dan seterusnya sesi pertukaran cenderamata dijalankan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Nabila Huda Binti Salleh, Nur Aulia Binti Ahmad Nadzri, Nur Iqlima Binti Abdul Ghafar & Nurul Yuhanis Binti Azmi.

Gambar oleh : Nur Aulia Binti Ahmad Nadzri