PELANCARAN E-BULETIN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH 2024

PSB ONLINE: Yang berbahagia Prof. Dr.  Che Azlan Taib, Ketua Pustakawan pada 1 Ogos 2024 telah melancarkan E-Buletin Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang julung kalinya diterbitkan. Sebelum ini PSB pernah menerbitkan Panduan Perpustakaan dalam bentuk elektronik. Penerbitan E-Buletin PSB diusahakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PSB diketuai oleh Puan Hasma Binti Haji Harun, Penolong Ketua Pustakawan dan dihasilkan dan direkebentuk oleh Pembantu Pustakawan, Encik Syed Muhammad Amirul Ashraf Bin Syed Ismail.

Kandungan E-Buletin PSB Bil.1/2024 ini mengetengahkan topik hangat pada masa sekarang iaitu Penggunaan kecerdasan buatan dalam pengurusan perkhidmatan perpustakaan. Turut dibincangkan ialah tentang keperluan mengamalkan Lean-Kaizen di perpustakaan bagi mengurangkan pembaziran sumber dan menambahbaik proses kerja yang dijalankan. Turut diketengahkan tentang peranan pustakawan yang perlu responsif terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam sektor pendidikan tinggi yang berubah dengan pantas terutamanya dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT). Penulis juga menyentuh tentang automasi perpustakaan yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan sokongan yang lebih efisien dan efektif dalam keseluruhan kitaran penyelidikan.

Selain artikel penulisan topik-topik berkenaan, e-buletin PSB juga mengetengahkan maklumat tentang aktiviti Bedah Buku oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan serta berbagai aktiviti PSB yang lain sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2024. PSB bercadang akan mengeluarkan e-buletin PSB sebanyak dua kali setahun dan keluaran akan datang akan dihasilkan pada bulan Disember akan datang.

E-buletin PSB boleh diakses dalam laman web PSB di bahagian highlights atau melalui link di bawah :

https://heyzine.com/flip-book/16cc09fc4c.html