SESI TOWN HALL BERSAMA STAF AKADEMIK UUM

2 September 2019 – Satu sesi Town Hall staf akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diadakan buat julung kalinya bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan, PSB. Sesi ini adalah anjuran Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan pada jam 10.00 pagi.

Pada sesi ini, satu pembentangan khas telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustafa kepada para hadirin. Para pensyarah UUM yang telah dijemput khas daripada pelbagai pusat pengajian. Antara isi kandungan pembentangan tersebut adalah perkara-perkara penting yang ingin dikongsi bersama terutamanya mengenai kewujudan servis dan fasiliti yang tersedia di PSB kepada semua warga UUM. Beliau juga turut menyaran agar para pensyarah dapat menggunakan sebaik mungkin segala servis dan fasiliti yang tersedia di PSB serta turut mengwar-warkannya kepada rakan-rakan dan pelajar masing-masing. Ini kerana, masih terdapat segelintir pensyarah dan pelajar yang tidak mengetahui kewujudan servis dan fasiliti tersebut di PSB dan ianya adalah sesuatu yang merugikan universiti.

Sebelum tamat, satu sesi soal jawab telah diadakan dan segala persoalan telah diberi penerangan yang munasabah oleh Ketua Pustakawan. Sesi Town Hall ini amat bermanfaat di antara kedua-dua pihak kerana ianya adalah platform terbaik untuk mengetengahkan peranan perpustakaan dalam kelangsungan proses pembelajaran dan pengajaran di UUM.

Sesi ini tamat sekitar jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Siti Nor Hajar