WARGA PSB SERTAI AKTIVITI FUN WALK, EAT DURIAN DAN ECO GREEN

1 Ogos 2019 – Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), telah menganjurkan satu aktiviti riadah buat semua warga Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Aktiviti Fun Walk, Eat Durian dan Eco Green PSB adalah merupakan satu aktiviti yang berkonsepkan santai dan sihat di samping melestarikan alam sekitar. Aktiviti ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan berkumpul di foyer bangunan tambahan perpustakaan. Sejurus bersarapan dengan pelbagai juadah yang dibawa menerusi konsep ‘pot luck’, kumpulan PSB ini bergerak untuk aktiviti ‘Fun Walk’.

Trek laluan mereka adalah ke kandang kuda kemudian ke ladang ‘ostrich’ menuju ke dataran hadapan Canselori dan bergerak semula ke bangunan tambahan PSB. Sepanjang menamatkan laluan, mereka disaran agar turut mengutip sampah yang dijumpai ke dalam plastik sampah yang dibekalkan. Selain itu, mereka juga terlihat amat gembira dan seronok dapat menyertai aktiviti sebegini di samping mengambil peluang tersebut untuk mengabadikan kenangan dengan berselfie dan bergambar bersama rakan-rakan.

Setelah tiba di PSB, aktiviti ‘makan durian’ diteruskan dengan begitu meriah sekali dan kelihatan warga PSB amat berselera menikmati durian yang dimakan bersama pulut dan santan. Warga PSB juga turut berpeluang merasai kemanisan buah rambutan yang turut dibawa bersama. Usai menjamu selera, aktiviti ‘eco green’ pula diteruskan iaitu dengan menanam beberapa batang anak pokok di belakang bangunan tambahan PSB.

 Aktiviti ini selesai sekitar jam 12.00 tengahari.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail