PSB HARGAI JASA PETUGAS AJK JAMUAN KONVOKESYEN UUM KALI KE-32

4 November 2019 – Demi menghargai jasa serta komitmen yang telah diberikan sepanjang istiadat Konvokesyen Ke-32 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lalu, satu jamuan makan tengahari telah disediakan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) buat kesemua 17 petugas yang terlibat.

Bertempat di Manager’s Coffee, kesemua petugas telah dirai dengan pelbagai menu pilihan yang menarik. Jamuan ini telah diadakan usai Mesyuarat Post-Mortem AJK Jamuan Konvokesyen UUM Kali Ke-32 yang telah dipengerusikan oleh En. Razak Siamin, Timbalan ketua Pustakawan.

Jamuan yang bermula jam 11.00 pagi ini adalah salah satu bentuk ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua petugas yang telah berjaya memberikan komitment dan kerjsama yang baik sepanjang tempoh bertugas.

Semoga PSB sentiasa mampu memberikan yang terbaik demi melancarkan proses istiadat konvokesyen di masa-masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: AJK Jamuan Konvo